Home About Dakwah Ask.fm

Al-Fatihah

Hai, lama tak update blog kan? Rindu pyka tak? Okey for today pyka nak cerita serba sedikit mengenai Surah Al-Fatihah. Macam korang sendiri tau, surah ni ada di bahagian depan Al-Quran right? Tapi korang tau tak sebenarnya Surah ini mempunyai lebih 10 nama lain.
Entri harini pyka nak korang tau apa nama-nama lain bagi Surah . Maksud Al-Fatihah ialah Pembukaan. Iaitu pembukaan bagi bacaan Al-Quran.
Suratul Fatihah ialah surah yg pertama didalam Al-Quran. Bukan sahaja mempunyai satu nama tapi ia juga mempunyai lebih dari 10 nama. Antaranya ialah

Ummul Kitab

 Iaitu ibu dari kitab kerana ia mula ditulis dalam semua mushhaf dan ia yg dimulai dibaca didalam sembahyang.

"Dia adalah ibu Al-Quran, dan dia adalah Fatihatul Kitab dan Dia adalah Tujuh Yang Diulang-ulang" - (Imam Ahmad & Abu Hurairoh) 
"Sesiapa yang mendirikan solat namun tidak membaca Umm Al-Quran, maka ia kurang, kurang, kurang tidak sempurna" - (Sahih Bukhari)

Al-Quranul Aziim (Bacaan yang teragung)
 Kerana isi Al-Fatihah ini semuanya mengenai masalah yang amat besar atau agung.

"Ummu Al-Kitab (surah yang paling utama didalam Al-Quran) ialah Sab' ul Al-Mathaani dan Al-Quran Al- 'Azim" - (Sahih Bukhari)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI HAK MILIK SEPENUHNYA EYKA HUDGENS