Home About Dakwah Ask.fm

Islam mengaturkan seluruh kehidupan manusia. Dalam urusan perkahwinan, Islam telah mengatur hukum hakam secara terperinci dan sempurna untuk mencapai matlamat-matlamat syarak dalam memelihara kesucian keturunan. Hukum hakam tersebut bermula daripada memilih calon suami isteri, merisik dan meminang sehingga terbinanya sebuah keluarga bahagia.
Ciri-ciri Bakal Suami Isteri
1. Islam telah menggariskan beberapa ciri utama sebagai panduan memilih calon suamu dan isteri seperti bertaqwa, beriman, berilmu, bertanggungjawab dan bertimbang rasa.
2. Hadis Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Sabda Rasulullah s.a.w: "Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara: iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh itu pilihlah perempuan yang beragama, bahagialah engkau" - H.R Bukhari

3. Saranan Islam ketika memilih bakal Suami atau Isteri.

♥ Beragama: taat menjalani perintah agama.
♥ Baik keturunan: bukan anak zina/daripada keluarga bahagia.
♥ Baik kelakuan.
♥ Cantik: menurut pandangan sendiri.
♥ Subur keturunan/boleh melahirkan anak.
♥ Perawan/gadis.
♥ Berharta/ilmu.
♥ Ringan Mas Kahwin.
♥ Bukan keluarga terdekat.

'Bukan keluarga terdekat' bukanlah bermaksud tidak boleh menikahi mereka tapi ianya tidak digalakkan oleh Islam kerana:

(a) Boleh mewarisi kebodohan.
(b) Keluarga tidak berkembang.
(c) Boleh mengurangkan nafsu.

5. Wanita yang diharamkan bernikah.

Firman Allah s.w.t, maksudnya: Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan ibu-ibu kamu, anak-anak kamu yang perempuan, saudara-saudara kamu yang perempuan, ibu saudara sebelah bapa, ibu saudara sebelah ibu, anak saudara daripada adik beradik lelaki, anak saudara daripada adik beradik perempuan, ibu yang menyusukan kamu dan saudara susuanmu. Begitu juga ibu isteri dan anak tiri dalam jagaan kamu yang telah kamu setubuhi. Jika kamu belum setubuhi ibunya, maka tidak berdosa mengahwininya. Dan haram mengahwini bekas isteri anak kandung kamu.
Wanita yang diharamkan bernikah terbahagi kepada dua. Iaitu:

• Selamanya
(a) Keturunan/nasab;
◆ Ibu, Nenek ke atas.
◆ Anak, Cucu ke bawah.
◆ Adik beradik seibu sebapa/kandung, seibu atau sebapa.
◆ Emak saudara sebelah ibu atau bapa ke atas (kandung/sebapa/seibu)
◆ Anak saudara daripada adik-beradik kandung/sebapa/seibu.

(b) Penyusuan;

◆ Ibu susuan ke atas
◆ Anak susuan ke bawah
◆ Adik beradik susuan
◆ Emak saudara susuan ke atas
◆ Anak saudara susuan ke bawah

(c) Persemendaan/perkahwinan ;

◆ Ibu isteri (mertua) ke atas
◆ Isteri bapa (ibu tiri) ke atas
◆ Isteri anak (menantu), cucu menantu ke bawah.
◆ Anak tiri keturunan atau penyusuan yang telah mencampuri ibunya. Jika tidak dicampuri ibunya kemudian diceraikan atau meninggal dunia, halal berkahwin dengan anak tiri tersebut.

Sementara
a) Perempuan yang ditalak tiga.
b) Perempuan yang bersuami.
c) Perempuan yang masih dalam edah.
d) Perempuan yang masih hamil hasil perzinaan.
e) Perempuan yang tidak beragama Samawi.
f) Mengumpul isteri dengan mahramnya dalam satu masa (memadukan) seperti adik-beradik perempuan isteri, ibu saudaranya atau anak saudaranya sama ada sebelah ibu atau bapanya.
g) Perempuan kelima untuk lelaki yang mempunyai empat orang isteri.

6. Syarat menjadi haram dengan sebab penyusuan:

a) Wanita yang menyusukan itu telah baligh.
b) Umur kanak-kanak tidak melebihi dua tahun.
c) Menyusukan paling kurang 5 kali kenyang iaitu susu tidak dimuntahkan.

Dalil pengharaman disebabkan penyusuan:

Maksudnya: Daripa Aishah r.a daripada Nabi s.a.w sabdanya: "Penyusuan mengharamkan apa yang diharamkan oleh nasab (keturunan)"

Dalil pengharaman Musaharah:

Maksudnya: Dan janganlah kamu kahwini perempuan yang telah diperisterikan oleh bapamu" - (Surah al-Nisa: 22 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI HAK MILIK SEPENUHNYA EYKA HUDGENS