Home About Dakwah Ask.fm

Hiburan Disisi Islam

Waahh! Dah lama tak update blog kan? Petang ni tetiba pulak pyka dapat idea nak update ape. Okey untuk pengetahuan korang, entri kali ni adalah isu yg selalu kita dgr. Iaitu about hiburan.
Ramai yang bertanya
"betul ke islam tk suka dgn hiburan? Sbb banyak hadis yg keluar bahawa hiburan ini melalaikan. Dan betul ke hiburan itu satu keperluan?"
Jawapan bagi soalan itu ialah memang ada beberapa hadis yg menyebut tentang hiburan iaitu nyanyian dan muzik. Hadis-hadis ini menghukum bahawa nyanyian dan muzik Haram disisi Islam. Tapi sebahagian pendapat para Ulama menghukum bahawa nyanyian dan muzik ini Harus. Ini kerana asal usul sesuatu perkara adalah Harus. Kalau nk dihukum Haram, mesti ada dalilnya. Hadis-hadis yg mengharamkan hiburan tak jelas pengharamannya kerana kebanyakan hadisnya adalah hadis yg bermasalah. Boleh juga diistilahkan sebagai Hadis Daif.
Sebagai jalan tengah, Islam tak mengharamkan hiburan secara mutlak dan Islam juga tak mengharuskan hiburan secara mutlak. Perlu ada keseimbangan dan kesederhanaan. Bak kata omputih 'Balance'. Kalau isi lagu menyeru kepada sesuatu yg bertentangan dgn Agama, sudah tentu Islam mengharamkannya. Cth, mungkin ada lagu yang mengagungkan free thinker, seks bebas upacara puja syaitan dan sebagainya. Contohnya, Black Matel.

Ini mmg Haram dalam Islam. Kalau cara penyampaian lagu penuh berahi seperti pakaian yang tidak menutup aurat atau mencolok mata, ini juga mesti dijauhi. Lagi satu, jangan sampai lalai dgn tanggungjawab kita. Kalau sampai solat pun boleh terlepas sbb hiburan, sudah tentu ia hiburan yg haram. Sebagai contoh bandingan, makan nasi dgn lauk ayam adalah harus dan halal. Tapi kalau makan byk sgt ia dikira haram. Allah berfirman :
"Dan makan dan minumlah, dan janganlah melampaui batas. Sesungguhnya Dia(Allah) tidak suka kepada orang yang melampau"
Sama juga kalau semasa hiburan ada pesta minum arak atau tarian antara lelaki dan wanita. Ini pun dikira haram.
Islam tak pernah halang hiburan tetapi Islam hanya mahu hiburan yg baik dan membina.

◆ Sumber: Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Saleh & Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI HAK MILIK SEPENUHNYA EYKA HUDGENS