Home About Dakwah Ask.fm

Bersukan Disisi Islam

Entri kalini ialah sambungan bagi entri yg tadi iaitu 'Hukum Hiburan Pada Islam'. Ramai yg berpendapat bahawa Sukan salah satu daripada hiburan. Kerana sukan dan hiburan mempunyai satu perkara yg sama iaitu melalaikan.
Pelbagai persoalan yang timbul pada masa kini. Antaranya,

"Islam seperti tidak suka kepada sukan. Banyak jenis sukan yg islam tak suka. Contohnya bola sepak. Hanya kerana faktor pemainnya semua nampak lutut. Kenapa Islam anti sukan?"

Tak silap pyka la kan. Tak pernah pulak pyka dgr atau baca hadis sahih yg mengharamkan sukan. Rasanya hadis daif pun tak ada. Okey sebenarnya islam adalah agama yg suka kepada kekuatan. Bersukan boleh menguatkan stamina kita. Sukan berkuda pun adalah baik dan sudah disebut sekadar contoh dalam Quran. Firman Allah:
"Dan sediakanlah bagi mereka apa yang kamu mampu daripada kekuatan dan daripada kuda-kuda yang ditambat" - Surah al-Anfal : 60
Dari potongan ayat tadi sudah jelas bahawa Islam menggalakkan bersukan demi untuk kekuatan. Cuma Islam meletakkan syarat supaya aurat dijaga semasa bersukan. Sebahagian ulama berpendapat bahawa paha adalah aurat. Ini kerana hadis Nabi s.a.w yg menyebut :
"Paha adalah aurat" - Riwayat Tirmizi
Majoriti ulama mengguna pakai hadis ini dan berpendapat bahawa paha itu adalah aurat. Tapi ada sesetengah hadis perbuatan Nabi s.a.w yg memberi isyarat bahawa paha bukan aurat. Hadis mengenai paha bukanlah aurat bagi lelaki itu mungkin tidak kukuh atau tidak sahih. Wallahualam.
"Ramai alim ulama yg tak bersukan. Kalau dorang jumpa dgn orang bersukan pun, riak muka menunjukkan dorang tk suka sukan. Kenapa dorang benci sukan?"
Soalan yg menarik. Jawapannya, orang pandai agama zaman dulu mmg tak bersukan. Bukan sbb mereka benci sukan tapi kemungkinan kehidupan mereka sudah padat dgn aktiviti riadah. Orang dulu kerja tanam padi, pergi sawah, tangkap ikan dan sebagainya. Hari-hari dah berpeluh. Jadi mereka tk perlu bersukan.

Kalau nampak riak benci atau tk suka, sebenarnya mereka benci cara kita bersukan. Contohnya, main bola sampai maghrib tu yg tk best tu. Tapi, ramai org pandai agama zaman sekarang mula mendekati sukan.

Yang penting, Islam tak pernah melarang utk bersukan. Bukan ke kalau kita bersukan dapat membentuk badan yg sihat dan kuat? Tidakkah dikatakan bahawa muslim yg kuat lagi baik dari muslim yg lemah?

So, bersukanlah selagi mampu tapi patuhilah syariat dan adab sopannya. Bersukan dgn berpakaian menutup aurat. Berhenti bila azan berkumandang dan sambung balik selepas menunaikan yg wajib. Pastikan ukhwah dan silaturahim terpelihara. Dan yg terakhir pastikan segala hak dan tanggungjawab tak terabai. Sekian 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI HAK MILIK SEPENUHNYA EYKA HUDGENS