Home About Dakwah Ask.fm

Ikhtilat (Pergaulan Bebas)

Hwaii :* Ehem Ehem! Kat sini siapa yang tahu apa itu 'Ikhtilat' . Ha , tau tak Ikhtilat tu apa? Okey, Ikhtilat ini ialah Pergaulan Bebas Antara Lelaki & Perempuan ♂♀. Ikhtilat ini WAJIB dijaga kerana jika tidak dijaga ia mungkin mendatangkan zina. Ikhtilat ini bukan sahaja perlu dijaga ketika diluar tapi ia juga perlu dijaga ketika didalam laman sosial atau ketika sedang berhubung didalam telefon.
Ketika diluar Ikhtilat ini perlu dijaga dari segi pemandangan, sentuhan dan percakapan. Dari segi pandangan kita perlu menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan Ajnabi. Atau perlu ada penghalang antara Ajnabi. Contoh dinding dan sebagainya. Dari segi persentuhan pula ramai yang sudah tahu bahawa apabila bersentuhan dengan seorang ajnabi itu dosa. Tetapi dewasa kini ramai yang mengambil ia sebagai sesuatu perkara yang sia-sia. Perlu juga kita tahu, apabila kita bersentuhan dengan yang bukan mahram itu mampu membawa kepada zina. Contohnya ia bermula dengan hanya bertepuk tampar lalu meningkat ke berpegangan tangan dan bercumbu akhir sekali melakukan satu hubungan luar nikah. Nampak tak betapa pentingnya menjaga ikhtilat dari segi persentuhan.
Percakapan. Yes. Percakapan juga perlu dijaga. Kenapa? Kerana percakapan juga mampu menjerumuskan diri ini kepada zina. Bagaimana? Ia berlaku apa bila kita bercakap dengan Ajnabi dalam nada manja atau meleret leret bagaikan ingin menggoda yang bukan mahram. Apabila kita bercakap dalam nada manja atau menggoda, Automatik syahwat Ajnabi itu naik dan ia boleh membawa kepada zina. Perlu juga kita ingat sekiranya syahwat seorang ajnabi itu naik, maka kita telah mendapat dosa. Jadi ingatlah bahawa Ikhtilat ini satu perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan dan ia bukannya satu perkara yang sia-sia.
Dan apabila didalam laman sosial pula, kita perlu jaga dari segi percakapan & pandangan. Dari segi percakapan sangat penting jika didalam laman sosial. Ia juga mampu membawa kepada zina. Ia sama sahaja seperti menjaga percakapan diluar laman sosial. Tetapi apabila dilaman sosial ini kita lebih kepada menaip bukan. Okey, jika kita sering berfacebook, bertwitter, berwechat dan sebagainya. Sila jaga cara kita menaip. Contohnya apabila kita menaip "meow" , "aumm" , "grr" dan sebagainya. Ia juga mampu membuatkan syahwat Ajnabi itu naik.
Pandangan. Macam pelik je kan? Ha, dari segi pandangan yang dimaksudkan ini sebenarnya membawa maksud 'gambar'. Iyes. Gambar ini mampu juga menaikkan syahwat ajnabi. Bagaimana? Apabila ajnabi itu tergoda dengan gambar kita, kita akan mendapat dosa kerana Ustaz Azhar Idrus kata...
"Gambar yang menutup aurat tapi menggoda. Hukumnya HARAM."
Kalau Haram maksudnya Dosa la kan? Jadi kepada semua wanita dan juga lelaki silalah jaga gambar anda. Gambar ini bukannya mudah nak dijaga kerana kita sering sekali ingin mengupload gambar. Contohnya gambar selfie, dengan kawan dan sebagainya. Perlu diingatkan juga gambar dengan kawan ni sila berhati-hati kerana ia mampu Menimbulkan fitnah. Okey, kita taknak cakap pasal fitnah mengenai gambar tapi kita nak cakap mengenai pandangan dilaman sosial. Ha! lagi satu, gambar yang berdiri atau menampakkan tubuh badan juga perlu dititik beratkan. Kerana lengkuk tubuh badan ini juga mampu menaikkan syahwat. Ehem! Banyakkan penerangan tentang Ikhtilat ni. Ada kebaikan dan keburukan Ikhtilat. Antaranya, Ikhtilat mampu melindungi kita dan jika tidak dijaga ia mampu membawa kita kedalam maksiat.
Tapi , Pergaulan Bebas Antara Lelaki & Perempuan ini tidaklah di HARAM kan secara MUTLAK. Ia juga tidak di HARUS kan secara MUTLAK. Yang bermaksud 'tidak diharamkan secara mutlak' itu ialah apabila situasi yang sedang kita hadapi itu memerlukan kita untuk bergaul dengan Ajnabi. Contohnya, study group, kerja-kerja yang memerlukan pencampuran antara lelaki dan perempuan dan sebagainya jadi ia diharuskan. Tetapi ia juga tidak diharuskan secara mutlak kerana ia cuma diharuskan jika ada kesulitan atau sebagainya. Jika kita hendak bertanya khabar dengan Ajnabi itu mungkin tidak mengapa tetapi janganlah melebih. Kalau setakat nak mengeratkan hubungan sillaturrahim itu tidak mengapa. Wallahu'alam.
Perghh! Panjangnyerr --" Sebelum itu pyka nak mohon maaf jika ada yang salah atau tak betul dalam penyampaian pyka ini kerana pyka hanya insan yang miskin ilmu. Pyka mohon korang semua beri teguran bukan hinaan. Assalamualaikum ^^ Ilal liqa'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI HAK MILIK SEPENUHNYA EYKA HUDGENS