Home About Dakwah Ask.fm

Penghinaan Terhadap Islam


Apa khabar? Lama kan tak update blog? Dah berape hari dah. Haha. Harini we gonna talk bout Penghinaan Terhadap Islam. Apa itu islam.
Ramai yang tau Islam itu agama. Yes. Islam itu mmg agama. Tapi adakah kita mengetahui Islam dgn lebih mendalam? Apa hukum hakam dan sunnah Rasul? Apa itu penghinaan terhadap Islam?
Okey, now kita luaskan pandangan kita. First, Facebook. Apa kaitan dgn penghinaan Islam? Ha, sekarang ramai orang kafir hina islam. Amma right babe? Tapi. Kita sendiri, orang melayu yg dah sememangnya islam tak sedar bahawa kita menghina agama kita sendiri iaitu Islam dlm diam. Iyeke? Tipulah. Buat ape pyka nk tipu ni? Tak percayakan? Okey zoom out about this.
  •  Solat 5 Waktu Sehari Tak Pernah Dilakukan
  •  Masjid Dijadikan Kuil (Sebarkan Perkara Syubhah)
  •  Warung Dijadikan Masjid (Lepak Sampai Lupa Yang Wajib)
  •  Couple
  •  Dedah Aurat Konon Dia Ratu Cantik
  •  Seks Bebas
  •  Kahwin Tanpa Persetujuan Ibu Bapa
  •  Mengagongkan K-Pop
Semua yg pyka tunjukkan kat atas tu, semua tu Rakyat Mesia (Malaysia) yg buat tau. Tak percaya jugak? Haa kita zoom out satu persatu ok. First about "Solat 5 Waktu Sehari Tak Pernah Dilakukan". Percaya atau tidak. Kita luaskan pandangan. Lihat Masjid dan Surau seluruh Malaysia. Nampak apa pyka nampak? Boleh bilang dgn jari jemaah Masjid ni. Serious berapa kerat je yg datang. Kalau rasa nak tengok masjid penuh pun time Raya. Dear Rakyat Mesia. Solat hari raya tu sunat tau. Tapi solat fardhu tu wajib. Ingat. Bukannya penuhkan masjid time ada event tertentu je. Hari hari kita kena penuhkan masjid. Tapi kalau solat sehari pun tak mampu, apa lagi nk penuh kan masjid.
And, club, disko, karaoke. Ermm agaknya berapa ramai ek? Boleh bilang dgn jari tak? Tak. Tak terkira. Padat sangat. Sampai rasanya ada yg terpaksa cari pusat hiburan yg lain. Lain pula dgn masjid. Lengang. Smpai boleh kira dgn jari. Ha! Inilah Rakyat Mesia! Masjid kosong. Pusat hiburan penuh! Solat taknak ape taknak. Tapi nak bahagia. Mcm mane nak kecapi kebahagiaan kalau tak solat? Fikirlah.


  •  Media Sosial
  •  Budaya Barat
  •  Nafsu
  •  Syaitan




Second, "Masjid dijadikan Kuil". Ape ni? Ramai yg tahu Masjid tu tempat beribadah. Orang solat kat situ. Tapi ada sesetengah orang Mesia ni duk pergi sebarkan ajaran Syiah dekat Masjid. Apa cite? Nak kata pyka tipu? Bukti? Nak bukti apa? Sebab orang yg sebarkan ajaran Syiah ni dibuat secara diam diam tau. Dia baca potongan hadis kononnya Sahih Bukhari dan Muslim. Tapi sebenarnya tipu. Buktinya hadith yang meriwayatkan tentang kewafatan Rasulullah. Sebelum Rasulullah wafat, Baginda tidak pernah menyebut Ummati, Ummati, Ummati. Sebaliknya, baginda menyebut "balil Ragfiqal A'laa" yang bermaksud bahkan teman yang tertinggi (Allah). Dan Rasulullah wafat diatas peha Aisya R.A, bukan Fatimah. Ini semua cerita yang direka oleh Syiah. Aisya digantikan dengan Fatimah kerana Syiah sangat benci kepada Aisya. Yang paling menyedihkan, ustaz/penceremah juga mempercayainya. Dan ingatlah, kita berada di akhir zaman. Terdapat banyak hadith palsu. Berhati hatilah. Jika tidak tahu, janganlah terus sebarkan. Pastikan hadith itu sahih dahulu barulah sebarkan. Wallahua'lam.
Third, "warung atau kedai makan dijadikan masjid". Apa maksudnya? Maksudnya, sekarang ni ramai yg duk lepak. Lah problem ke kalau lepak? Biasalah tu. Biasa? Biasa ke kalau lepak dgr azan tapi buat tak tau je. Perkara biasa ni lah yg buat kita tambah menghina islam tau tak? Asal pulak? Lepak je pun bukan hina islam. Dey! Lepak je? Dengar Azan Zohor. Ada korang gelabah tak? Ada korang fikir "weyh, jom jom weyh dah zohor. Japgi sambung." Ada tak terlintas benda ni dalam otak? Tak pernah. Yang terlintas dalam kepala otak korang tu cuma "Alah, boleh solat kat rumah. Tak mati pun kalau tak solat kat masjid." That. Amma right? Kalau boleh mmg nak duduk kat warung tu sampai bila bila. Ralit sangat bersembang. Tengok bola. Solat tah kemana korang tah kemana. Masih tak sedar? Dari situ secara tak lansung kita hina agama kita sendiri. Kita tak buat tuntutan agama. Yang wajib ditinggalkan.
Forth, Couple. Jyeah. Dah banyak dah berita yg keluar about couple ni. Haram. Tapi ramai yg cakap "Alahh watlek sudah. Normallah couple. Fitrah." Amboi sedap mulut berkata. Couple tu haram. Takde pulak pyka dengar antara fitrah manusia tu bercouple. Serious tk pernah dengar pun. Yang pyka dengar bercinta tu fitrah. "Habestu, mcm mane datangnye couple?" Ha, like this.
"Asal media sosial pulak?" Kenape? Sebab bila kita terlalu sangat online facebook, twitter, wechat secara tak lansung kita dapat tengok apa yg berlaku dekat kawan kita. Contoh ;
Zamir update facebook 5 minutes ago. Dia update "Afina Aulia. She's my wife seens blablabla". Lepastu dalam hati kita "eh, zamir dh ade aweks? Bergh! Tak boleh jadi ni." contoh sahaja
Nampak tak kat situ? Hanya disebabkan media sosial iaitu facebook. Jealous tak pasal pasal. Lepastu syaitan pun mainkan peranan naikkan nafsu. Kita pun cari aweks and pakwe. So terjadilah couple yg haram tu. Dahla haram. Dibuat pulak. Hina Islam.
Fifth, "Dedah Aurat Konon Dia Ratu Cantik" Kelas kau mak jemah. Haha. Sekarang ni dah macam macam fesyen yang ada dah. Ikut budaya orang barat. Pakai baju ketat sampai tk boleh bernafas. Lengan pendek. Tapi pakai tudung. Katanya kena ikut perkembangan, trend semasa. *tangan atas bahu* dia fikir cun ke pakai macam tu? Ohh please babe. Nak muntah tengok. Katanya lawa ape pakai mcm ni. Alahh baju ni kan pernah diperagakan oleh Ratu Cantik Brazil. Eh, kau fikir kau ratu cantik? Ratu cantik sangat kalau dedah aurat. Ratu cantik yang sebenar macam ni
Bukan macam korang pakai ketat bagai. Ratu cantik sepatutnya pakai baju yg menutup aurat. Kau pakai tudung, lengan panjang semua. Kau fikir tu dah cukup menutup aurat? Itu bukan tutup aurat okey. Tutup aurat is kau tak bagi sesape tengok walau sikit pun bentuk badan kau. Tapi kalau baju ketat mcm sarung nangka tu bukan tutup aurat. Tu serupa kau takyah pakai baju. Ingat. Jangan hina islam.
Sixth, "Seks Bebas" You see what I see? Anak luar nikah. Tangkap Basah. Pil khayal untuk puas nafsu. Terlalu banyak seks bebas. Berleluasa. Tak sedar ke? Semua tu jadi depan mata tau. Dekat mana? Mesia. What? Mesia. Tapi apa kita buat? Kita maki. Kita cakap itulah orang Mesia ni. Apelah nak jadi. Woi woi! Kau pun org Mesia. Tak sedar ke? Daripada korang duk ngumpat, kutuk, maki orang yg buat seks bebas ni. Lebih baik korang jaga anak korang tu. Dah la keluar malam. Tak tutup aurat. Berdua duaan. Pernah tak terlintas dekat fikiran korang apa yg anak anak korang buat? Pernah tk? Tak pernahh. Dalam otak korang cuma tahu. Benda tu biasa. Zaman remaja. Kau fikir biasa ke kalau dapat HIV/AIDS. Kau fikir biasa ke kalau tiba tiba anak korang dah berbadan dua. Biasa ke tu? Penghinaan terhadap islam!
Seventh, "kahwin tanpa persetujuan ibu bapa" Thailand babe. Thailand dah jadi pusat kahwin lari. Ramai sangat dah remaja yg kahwin lari. Katanya "We Love Each Other" Bunggok. Agama mana kau anut smpai sanggup membelakangkan ibu bapa? Eh, kita membelakangkan ibu bapa ni serupa kita membelakangkan agama. Why? Sebab, agama islam suruh kita hormat ibu bapa. Jangan membelakangkan mereka. Love each other konon. Dah kalau love each other kau takkan sanggup membelakangkan ibu bapa. Tu semua bukan Love okey. Tu nafsu. Haha. Sebab apa? Dah main. Dah mengandung. Lepastu takut. Yang si lelaki ni ajak kahwin lari. Yg perempuan pulak. Okey on. Asalkan tak tertangkap dah mengandung. Ha, inilah kebodohan orang Mesia. Hina Islam.

Last, "Mengagongkan K-Pop" ha, ni selalu jadi dekat pelajar menengah. Katanya la kan "Hensem siot Jong Kook. Melting. Aku nk kahwin dengan dia." Perkara biasa yg kita selalu dengar. Lepastu bila ada orang ckp K-Pop ni bodoh. Kpoppers (peminat kpop) mula marah. Marah mcm singa tengah kelaparan. Mulalah cakap orang yg tak minat kpop tu jealous. Orang yg tak minat kpop tu saja nak hot sebab tu dia bash kpop. Biarlah minat kitorang kat kpop. Ehem. Ehem. Nak minat tak salah okey. Yang salah tu, mengagongkan kpop. Tak percaya? Contohlah dekat TV9 ada Halaqah lepastu tiba tiba 8TV buat siaran lansung Runningman Special. Komfem korang pilih Runningman Special kan? Nampak tak? Hiburan yg awak cari. Ilmu diketepikan. Lepastu buat ayat "aku tak boleh hidup kalau tak tengok MCountdown sehari" Eh, kau fikir kpop tu ke yang tentukan hidup dan mati. Tengok, secara tak lansung kau dah agongkan kpop. Lalai dengan kpop. Semua about kpop. Bukan Hina Islam ke tu? Fikir okey. Islam itu Sumul. Bukan Jumut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BLOG INI HAK MILIK SEPENUHNYA EYKA HUDGENS